Friday, April 6, 2012

Inilah Senarainya..


Diam tak diam dah sampai ke hari terakhir bekerja dalam minggu ni.. Cepat betul masa berlalu kan? Bermula setiap Isnin, pagi keluar rumah pegi keje, petang balik keje, esoknya ulang lagi rutin yang sama.. Tup2 dah sampai ke hari Jumaat.. Eh, arini 7hb April kan? Wah, maknanya ada lagi 7 hari sebelum sampai 14hb April.. Eh, minggu depan la.. Sekejap je ni.. Aduyai, berdebar gak ni.. Harap2 semuanya akan berjalan lancar.. Insya ALLAH.. Jap2.. Ada apa pada 14hb? Well, sesuatu akan berlaku tapi aku tak boleh nak citer dulu sekarang ni.. Karang citer lebih2 tiba2 tak jadi, tak guna gak kan? Kalo semuanya ok nanti, aku akan bagitau korang ye.. So, tungguuuuu..

Oh ye, malam tadi tak sempat pun nak list apa buku yang aku nak beli kat pesta buku nanti.. Mengantuk sangat sampai tertido depan TV.. Mmm..minggu ni letih la.. Apsal ntah.. Well, arini break 2 jam.. Aku pun malas nak kuar gi memane.. So, bolehlah aku buat senarai tu sekarang.. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada Kelab RAM ni, ada 20 buah novel RAM yang telah dikeluarkan di pasaran.. Tidak termasuk novel2 awal beliau iaitu Peipan, Igauan Maut dan Anugerah Terakhir (novel ni aku baca secara tak sengaja kat umah makcik aku, adik ipar dia punya.. pada aku memang best giler.. makcik aku plak cakap, entah hape2 ntah citer.. dia tak faham..hahaha..)

Ok, rasanya based on information tu aku dah boleh buat senarai.. Maklumat memang tepat.. Well, inilah senarai novel RAM yang aku plan nak beli kat pesta buku 2012 nanti..^__^

  1. Fiksyen 302
  2. Rayyan Fantasi
  3. Mikhail
  4. Ungu Karmila
  5. Hatiku di Harajuku
  6. Adam
  7. Satu Janji (nak beli lagi sebab orang pinjam tak pulangkan..)
  8. Personal Justice
  9. Cinta Sufi
  10. Sutera Bidadari

Wah, betul la aku dah ada separuh daripada jumlah novel tulisan RAM ni.. Main agak2 je.. Tak sangka pulak betul..hihi.. Mmm..kalo ikutkan harga tanpa caj pos, jumlah semua novel ni dekat RM200 gak la.. Tapi orang cakap kat pesta buku diorang bagi diskaun.. Kalo la betul, syok gak ni.. Bolehlah memborong sakan, betul tak? kihkihkih.. Tapi kalo ada novel2 awal karya RAM lagi best kan? Aku memang nak buat koleksi novel2 RAM ni.. Tengok je la nanti.. Kalo terjumpa, syukur Alhamdulillah..hehehe..

Yang komik2 tu pulak, aku tak sure lagi nak beli komik apa sebab tak tau komik apa yang ada dijual nanti.. So, ni kira pergi, survey dan rembat je la mana yang berkenan di hati..hehehe.. Karya novelis lain pulak? Entah la, buat masa ni tak berminat nak beli.. Aku ada novel Aisha Sofea, Hanya Untukmu.. Best gak citer dia.. Tapi buat masa sekarang nak concentrate pada novel RAM je.. Kerana novel dia mood membaca aku hilang dan aku nak kerana novel dia juga la mood membaca aku kembali semula..hihihi..

Okla, nanti dah lepas terjah pesta buku tu, aku update lagi ye.. Apa buku yang aku beli beserta jumlah duit yang telah di laburkan..hehehe.. Pelaburan yang bermanfaat takpe, malah amat digalakkan, betul tak? Kalo korang pun nak share apa yang korang rembat, boleh gak.. Silalah ye, amat dialu-alukan.. Boleh kongsi2 citer..hehehe..






0 Kata-Kata Hikmat: