Hari ni sekali lagi kita dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang telah berlaku di negara jiran iaitu Indonesia pada jam 4.50 petang waktu Malaysia.. Lokasi sebenar adalah di luar pesisir pantai Acheh Sumatera, lebih kurang sama dengan lokasi gempa bumi pada 2004 yang berakhir dengan terjadinya tsunami.. Kadar kekuatan adalah 8.9 pada skala richter.. Amaran tsunami juga telah dikeluarkan oleh Pihak Amaran Tsunami Pacific untuk Lautan Hindi.. Sebagai langkah berjaga-jaga kepada penduduk terbabit agar mereka dapat mengambil langkah yang sewajarnya.. Bukan setakat itu, telah terjadi gempa susulan pada jam 6.45 petang dengan kekuatan 8.5 pada skala Richter.. Kesan gegaran turut di rasai oleh mereka yang berada di Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan India.. Di Malaysia, mereka yang berada di beberapa negeri turut mengalami situasi ini iaitu di Pulau Pinang, Perak, Selangor..
Wah, berita yang sangat mengejutkan pada hari cuti ni, betul tak? Sebenarnya aku tak tau langsung ada gempa bumi kat Indonesia sampailah mak aku call pukul 6.50 petang tadi.. Ingatkan ada citer apa.. First ayat yang kuar dari mulut mak aku,"kak long, tadi ada rasa gempa bumi ke kat sana?". Ha?? Terdiam jap aku sambil dalam kepala otak berfikir, ada gempa bumi ke tadi? Kahkahkah.. Aduhai, kesian aku ketinggalan zaman.. Tapi memang tak rasa pape walaupun aku dok kat umah bertingkat-tingkat.. Mungkin sebab Puchong ni agak jauh sebab yang aku dengar area Gombak, Batu Caves yang dapat rasa gegaran tu.. Maklum la tadi tengah sibuk basuh bilik air.. Menyental segala yang patut..hehehe.. Lepas je mak aku call aku terus check fb dengan harian metro.. Sume tengah sibuk citer pasal gempa bumi.. Mmm..terus teringat tsunami yang melanda Banda Aceh tahun 2004 setelah dilanda gempa bumi yang berkekuatan 9.0 pada skala Richter.. Aduh, gerun pulak bila membayangkan semua ni.. Kalo la tsunami melanda lagi.. Allahuakbar.. Ya ALLAH, Lindungilah kami semua.. Hamba yang selalu terleka dan alpa dalam nenunaikan tanggungjawab kami terhadap-Mu.. Harap2 takdelah tsunami tu berlaku, kan? Tapi takut gak kalo tiba2 dia melanda juga di kala semua orang beranggapan tiada tsunami bakal melanda.. Kuasa ALLAH, kita tak mampu nak menahan apa pun yang diingini-Nya..
Sebenarnya bumi kita ni dah semakin tua dan hampir menuju ke penghujungnya.. Dan kalo korang pernah baca, antara tanda2 besar kiamat, akan berlaku banyak gempa bumi di seluruh dunia ni.. Cuba korang ingat semula tahun lepas banyak gempa bumi terjadi di serata dunia termasuklah di Jepun.. Apakah kiamat semakin menghampiri kita? Memang pasti cuma bila? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Akan tetapi adakah kita telah bersedia menghadapi hari kiamat? Korang renungkanlah sendiri.. Juga persoalan untuk diri aku sendiri..
Akhir kata anggaplah ini sebagai amaran dan peringatan dari Yang Maha Esa.. Memetik ungkapan dari seorang rakan fb, TSUNAMI = Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf.. Allahuakbar..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment