Thursday, April 5, 2012

Buku oh Buku..


Mmm..apsal arini rasa lemau semacam ntah.. Mata pun berat jek.. Adoi, serius tengah mengantuk giler ni.. Lambatnya la jam ni nak sampai ke pukul 5.30.. Oleh kerana bosan dan penat menunggu jam ni lambat sangat rasanya bergerak, aku nak buat satu entri khas untuk diri aku..hehehe..

Ingat lagi tak entri pasal minat @ hobi aku tu? Ala, tajuk entri tu 'Aku Gila'.. Tadi aku ada terfikir, walaupun mood membaca novel aku tak mai lagi, tapi kalo aku beli novel siap2 best gak ni.. Lebih2 lagi novel2 garapan RAM.. Banyak lagi yang aku takde.. Eh, pesta buku tahun ni belum berlalu lagi kan? Sebab aku tak terdengar lagi member2 aku citer pasal diorang pegi pesta buku untuk tahun ni.. Well, aku rasa masa pesta buku ni la waktu dan tempat terbaik untuk aku beli novel2 yang aku minat tu.. Tadi aku check kat uncle G, pesta buku antarabangsa KL 2012 akan berlangsung dari 27 APRIL 2012 - 6 MEI 2012.. Tempatnya di PWTC.. Wah, hujung bulan ni rupanya.. Mmm..macam berminat je nak pegi.. Selama ni dengar citer orang je.. Seriously aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke pesta buku ni.. Sebabnya tak sempat dan budget takde..hehehe.. Tapi tahun ni rasa macam nak menyumbangkan duit la kat pesta buku ni (adakah itu tandanya budget dah terlebih? takdela, ada lebih sikit.. setakat seratus - dua ratus tu boleh la..hehe). Masalahnya aku nak pegi dengan sape? Kalo sorang2 nak turun KL ni sangatlah terasa malasnya.. Lebih2 lagi area PWTC tu.. Ada sape2 yang nak temankan aku tak? Hehehe..

Tapi bahan bacaan apa yang aku nak beli ek? Kena list ni.. Barulah budget tak lari..hehehe.. Yelah kalo menonong je pegi, nanti semua nak rembat.. Betul tak? Kena ada plan siap2.. Well, target utama aku memang novel RAM.. Kalo budget bersesuaian, aku nak rembat semua novel RAM yang aku takde lagi.. Banyak jugak tu kan? Mmm..takpelah, nanti aku tengok2 dulu dan senaraikan novel2 mana yang aku berminat..hehehe..

Lagi satu yang aku teringin nak beli adalah kompilasi komik.. Bukan komik gaduh2 yang tiap2 minggu kuar tu.. Korang pernah baca tak komik Gila-Gila, Ujang? Aku membesar dengan komik2 ni dulu.. Tapi tak setiap bulan beli.. Maklumlah masa tu ada dijual kat bandar je.. Aku keluar ke bandar pun bukan setiap bulan.. Kalo ada hal je.. Itu pun bukan tiap2 kali keluar dapat beli.. Malu nak minta abah aku belikan.. Walaupun harganya taklah mahal sangat tapi dengan harga komik tu boleh buat beli benda lain yang lagi penting.. Setiap sen sangat bernilai.. Kalo korang baya aku mesti korang pernah baca citer Tiga Dara Pingitan, Tan Tin Tun dan macam2 lagi la dalam komik tu.. Sekarang ni semua citer bersiri tu dah di'compiled'kan, dimuatkan dalam satu buku.. Haa!! Itulah yang aku nak beli.. Aku ada satu kompilasi daripada majalah Ujang yang aku beli masa study dulu.. Tajuknya 'Kartini' karya Tembakau.. Familiar tak? Glamer tu siri Kartini ni dulu.. So, aku plan nak cari la kompilasi citer2 yang lain.. Best baca citer komik2 camni.. Boleh hilangkan stress..hehehe..

Harap2 apa yang aku plan ni akan menjadi.. Insya ALLAH, aku akan cuba luangkan masa dan rajinkan diri untuk menjengah ke pesta buku kali ni.. Bukan setakat menjengah, harus ada hasilnya juga..hehehe.. Korang tak nak pegi ke? Aku ni memang minat membaca.. Sebab tu semua yang boleh dibaca aku akan baca.. Kalo dalam virtual ni aku suka blogwalking tapi tak komen pape pun.. Tak reti la..hehehe.. Seronok baca blog orang lain ni.. Macam2 citer ada..

Well, malam ni aku akan buat senarai buku2 yang aku nak beli.. Nanti aku update kat dalam blog ni ye.. Rasa excited pun ada nak pegi pesta buku ni.. Dah lama sangat aku tak bermesra-mesraan dengan buku.. Wahai buku-buku semua, nantikan kedatangan aku ye.. ^__^v












0 Kata-Kata Hikmat: