Ok, sekarang kita sambung kembali perjalanan ke Taman Mini Indonesia ye.. Sebenarnya dari muzium tadi tu, adalah dalam 10 minit je lagi.. Dekat je rupanya, ingatkan jauh lagi.. Masuk je dalam tu bukan main macet lagi.. Banyak sungguh kenderaan.. Macam2 ada dalam tu.. Tapi ini bukan theme park.. Kiranya dalam ni semua yang berkenaan Indonesia ada.. Jenis2 rumah mengikut daerah.. Tapi kitaorang berenti kat Istana Anak-Anak Indonesia.. Cantik sangat istana tu.. Macam istana dalam kisah dongeng kanak2.. Tapi nak masuk kenalah bayar tiket.. Dah lupa berapa harga tiket sebab bos yang bayar..hehehe..
Inilah my lady boss and my colleague, Shahrida.
Cantik kan istana ni? Macam dalam fairy tales..
Suasana selepas melepasi istana..
Tak lama pun dok meninjau-ninjau istana ni sebab our boss ajak naik train untuk explore area berdekatan istana ni.. Penat nak jalan kaki.. Luas sangat kawasan.. Dahlah tengah panas terik pulak tu.. Peh!! Memang masak.. Yang budak2 ni tengah2 panas buta pun boleh main kat playground.. Dah namanya budak2 kan, yang penting pada diorang seronok dan happy..
Tak tahan betul tengok ayat paling last tu.. Maksud tersirat, jangan nak komplen lebih2 kalo setakat bayo Rp 5000 (lebih kurang RM 1.70)..kihkihkih..
Comelnya Soraya.. Suka dia dapat naik train..
Oppss..tak abis lagi ye.. Ada lagi sambungan.. Lepas ni lebih mencabar lagi.. Aku ni pun walaupun tak berani, terpaksa gak la menempuhnya.. Sebab kesian kat Shahrida takde partner.. Mengucap je la banyak2.. Macam thrill je kan bunyinya? Hehehehe.. Takpe, next entry aku citer apa yang macam adventure sangat tu ek.. So sekarang ni break ki baad...
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment