Tuesday, April 24, 2012

Alhamdulillah, Ada Gak..


Misi ke Jakarta dah pun selesai.. Sekarang ni kembali meneruskan aktiviti harian, apalagi keje le.. Dapatkan company untung banyak2.. Nanti boleh gi tempat lain pulak.. Betul tak boss? Ahaks.. Itu yang boss cakap la.. Ala, tak kisahlah tu, pegi atau tak lain citer.. Yang penting dapat gak merasa pegi Jakarta kan.. Walaupun tak jauh mana dan taklah secantik macam Europe tu, at least ada gak memory gi luar negara.. Terima kasih boss.. Semoga makin dilimpahi rezeki oleh ALLAH.. Dan yang paling utama, kita cuba bekerja dengan sejujur yang mungkin.. Tak nak cantas-mencantas orang lain.. Kalo orang lain suka nak kacau periuk nasi kita, biarlah.. Bumi ALLAH ni luas.. Kalo ada rezeki kita, Insya ALLAH adalah tu.. (eh, tetiba plak ada tazkirah kan? ada maksud tersirat ke? hihihi..)

So, apakah citer untuk hari ni? Hari ni bukan nak citer panjang2 pun, just nak summarize hasil yang berjaya diperolehi di Jakarta..hehehe.. Takdelah banyak pun.. Tapi adalah untuk setiap ahli keluarga as a souvenir.. Jauh2 pegi takkan balik tak bawak pape kan? Dapat bagi t-shirt sorang sehelai pun ok apa.. Ingat gak orang kat Malaysia.. Tapi yang ni untuk ahli keluarga sangat terdekat ye.. Untuk ahli keluarga lain, mintak mahap la.. Uangnya nggak cukup.. Kalo bawak 10 juta pasti aku beli untuk semua..hehehe.. Ala, Jakarta tu takdelah jauh sangat.. Tiket pun takdelah mahal mana.. You all semua mampu kalo nak pegi.. Pendapatan banyak2 apa salahnya bawak family pegi bercuti..;)

Sebelum aku memaparkan hasil2 yang aku bawak balik ni, dengan penuh rendah diri aku nak bagitau bahawa tujuan aku letak kat sini bukan nak menunjuk2 ok.. Just nak share sahaja.. So, pada sesape yang rasa aku nak show off, u can get lost!! U are not welcomed here..

Inilah semuanya yang aku beli.. Bawak duit semata-mata untuk shopping.. Memang syok le, betul tak? Mana tak sendat beg aku.. Memang macam sarung nangka..kihkihkih..

Ini t-shirt wajib.. Menunjukkan pernah sampai ke Jakarta.. Ala, t-shirt murah je.. Beli kat Thamrin City sebelah hotel kitaorang stay tu..

Kain pasang dan telekung hasil terjahan ke Tanah Abang.. For the ladies.. Bolehlah buat baju raya tahun ni..hehehe.. Telekung tu jenis semi-silk.. Kain dia lembut, licin dan berkilat.. Harga cuma Rp. 150,000 (RM 50) je.. Murah kan?

Ini kemeja batik untuk abah aku.. Tak tau nak belikan apa.. Susah nak cari souvenir untuk lelaki ni.. Akhirnya dapat gak la kemeja batik.. Cuma sekarang ni agak risau takut abah aku takleh pakai walaupun aku rasa XL ni dah beso bebeno saiznya..

Yang cute2 ni mestilah untuk my sweet little nieces.. Tak tau nak beli apa..hehehe..

And the last one, knitted sling bags for the single ladies.. Means for me and my little sister le.. Yang bulat tu untuk kakak Huda bawak gi zoo nanti..hehe.. Baju batik comel tu la yang aku beli kat airport.. Dompet for coins.. For my both SILs.. Satu lagi? Untuk aku le..hehehe..


So ini jelah yang dapat aku beli masa gi Jakarta.. Tak banyak mana pun.. Takdelah jubah bling2 ke walaupun konon2nya masa datang tu nak cari maxi dress.. Tapi bila dah penat sangat meronda, terus hilang minat tu.. Walaupun banyak gak la yang muncul depan mata.. Lagipun uangnya udah surut.. Gimana mau shopping lagi..hehehe..

Kalo korang nak gi Jakarta, pegi jelah.. Tiket pun takdelah mahal sangat.. Aritu kitaorang naik KLM.. Pegi balik dalam RM 400.. Itu harga yang paling murah la.. Kalo naik Air Asia mungkin lagi murah kot.. Tapi ada had bagasi.. Nak tambah kena bayar lagi.. Naik KLM ni maximum baggage 23 kg.. Kalo pegi berdua, memang syokla nak bershopping.. Bawa travel bag yang paling besar tu.. Penuh bag tu memang ngam2 23 kg..

Tempat2 yang paling korang akan pening nak memilih adalah pasar Tanah Abang.. Bukan setakat memilih, crowded pun boleh tahan gak.. Tapi choice memang banyak.. Kalo dah jumpa yang berkenan, terus grab.. Kalo fikir nak jalan2 dulu, memang putih mata la jawabnya nanti.. Sebab tak jumpa balik kedai tadi tu..hehehe.. Shopping mall yang diorang cakap murah kat sini adalah Mangga Dua.. Tapi kitaorang tak sempat pegi.. Memang takde masa.. Lagipun macetnya sangat teruk.. Thamrin City pun ok.. Banyak booth dalam tu.. Telekung ada, jubah ada, t-shirt ada, beg ada, kosmetik ada.. Kiranya kalo tak sempat nak gi Tanah Abang, bolehlah terjah sini..

So, setakat inilah sahaja citer aku pasal trip ke Jakarta ni.. Harap2 korang semua terhibur dan dapat jadikan panduan kalo ada niat nak ke sana..^__^ 











0 Kata-Kata Hikmat: