Selamat hari Monday korang semua..hehehe.. Apa macam mood hari ni? Ada baik? Haruslah baik ye.. Baru syok nak keje.. Aku? Tersangatlah baiknya.. Rasa macam akan terlebih rajin pun ada gak.. Tapi nak citer sesuatu dulu sebab masih lagi terasa kegembiraannya..ahaks..
Oklah, hari ni aku nak citer pasal kesudahan plan aku ke Pesta Buku 2012 kat PWTC last week.. Sebelum ni aku bukan main beriya-iya mencanangkan ke seluruh dunia bahawa aku akan pegi, betul tak? Well, kesudahannya adalah...
AKU PEGI!!! Tapi bukan hari Sabtu seperti yang dirancangkan, sebaliknya petang Jumaat, selepas balik keje.. Aku pegi dengan colleague aku, Shahrida.. Seronok sangat.. Sebab bukan setakat dapat beli buku sahaja, malah ada sesuatu yang tak pernah aku impikan telah berlaku dalam hidup aku.. Yang itu memang super duper extra seronok.. Macam mimpi pun ada.. Sat lagi aku citer naa..
Aku gi naik LRT daripada Bukit Jalil straight ke PWTC.. Parking kete kat Bukit Jalil.. Nak bawak kete sure jalan jammed.. Al-maklumlah, time orang balik keje.. So, dalam 20 minit kitaorang pun sampai ke PWTC.. Ramai jugak la orang.. Tapi mungkin disebabkan hari bekerja, tak berapa nak ramai sangat.. Aku rasa weekend lagi ramai kot.. Tapi bagus gak tak ramai sangat, aku bukannya suka crowded sangat ni..hehehe..
Kat luar tu ada senarai publication companies yang terlibat dan kedudukan mereka.. Peh!! Banyak siot.. Ingatkan sikit je.. Memang meriah la.. Mula2 kitaorang pegi ke penerbitan PTS, nak cari buku opismate aku kirim.. Karya A. Samad Said.. Punyalah besar dalam tu, tak jumpa kat mana buku tu diletakkan.. Rupa2nya kat depan pintu je.. Itupun setelah bertanya petugas yang ada.. Ceh!! Kalo tau tanya awal2.. Sebab dok sibuk mencari, setengah jam jugak la kitaorang dalam tu.. Kalo tanya, mesti 10 minit dah jumpa.. =_='
Dalam tu aku tak beli pape sebab dah ada list nak beli kat publication lain.. Apalagi, Alaf 21 la, Karangkraf.. Shahrida beli gak buku dalam ni.. Entah, aku lupa tajuknya.. Buku agama rasanya.. Then lepas tu kitaorang terus serbu kumpulan Karangkraf.. Humang aih!!! Ramainya orang dalam tu.. Dan aku apalagi, memulakan misi le.. Apa misi aku? Cari novel Ramlee Awang Murshid.. Kan aku dah bagitau sebelum ni.. Siap amik bakul..hihihi.. Cari2 jumpa.. Apalagi semua yang aku nak aku masukkan dalam bakul.. Ada sorang pengunjung tu terperanjat tengok aku borong semua novel RAM.. Siap tanya best ke? Hihihi.. Saya minat kak oii.. So, for sure jawapannya best.. Almost dah dapat semuanya cuma ada 3 novel lagi tak jumpa.. Ungu Karmila, Personal Justice & Cinta Sufi.. Aduh, takdela pulak.. Puas aku pusing2 cari.. Tak jumpa jugak.. Mmm..tak jumpa pun.. Dah habis kot.. Sedih siot masa ni.. Sebelum kuar tadi aku ada tambah satu lagi novel, episod terakhir Laksamana Sunan.. Tajuknya Sunan Musafir.. Mata aku dok melilau kalo2 ada.. Tiba2 terdengar laungan,"Sunan Musafir, edisi hard cover, tinggal lagi 3." Wah, ada le.. Hard cover lagi.. Terus laju je ke arah suara tu.. Dengan mata bulat bersinar
(aku dapat rasa la masa tu), aku bertanya harga sambil amik buku tu,"berapa ni?". "RM 33 lepas diskaun, sebelum RM 35. Limited edition ada 1000 je." Aku grab je buku tu, terus masuk dalam bakul.. Yaahooooo!!! Suka gilerrrr!!!!
Lepas tu masih lagi pusing2 cari novel aku yang tak lengkap tu.. Tapi memang takde, so bayar je la apa yang ada.. Total 8 novel aku beli tu almost RM 150.00. Lepas tu memang plan nak balik terus.. Tetiba masa lalu kat satu kawasan tengok orang tengah beratur.. Eh, ada apa pulak ni? Ada artis ke? Tetiba ternampak seseorang.. Eh, cam kenal je orang tu.. Agak2 korang sape? Ramlee Awang Murshid.. Wah!!! Tetiba hormon adrenalin aku mencanak2 naik.. Excited wei.. Tak boleh dilepaskan ni.. Aku fikir2 nak beratur ke atau nak balik? Isshhh, dah depan mata takkan nak lepaskan pulak.. Entah bila lagi peluang camni akan menjelma.. Last2 beratur gak sebab nak dapatkan signature RAM..huhuhu.. Yang jadi mangsa Shahrida la.. Sian dia kena tunggu.. Sorry ye Shahrida and thanks so much sebab bersabar dan tolong amikkan gambo..hehehe.. Macam mimpi rasa favourite novelist aku ada depan mata.. Barisan punya la panjang.. Ramai betul peminat RAM ni.. Kat sebelah dia pun ada lagi 2 orang novelis tapi barisan depan diorang kosong..
Inilah Ramlee Awang Murshid @ RAM.. ^__^
Beratur dengan penuh kesabaran.. Takpe2 dah tak lama lagi tu..
Akhirnya turn aku pun menjelma.. Eee..cam mimpi lak.. Tetiba RAM soh aku dok sebelah dia sementara tunggu dia tandatangan semua novel yang aku beli.. Wah!!! Sangat excited ok.. Rasa macam muka aku blushing pun ada..kihkihkih..
Berapa banyak novel aku beli? 8 buah ok dan semuanya karya RAM.. Nampak kat sebelah kiri RAM tu? Semuanya novel aku..hehehe..
Sempat lagi posing.. Dah dapat peluang kan, harus lah..hehehe..
Akhirnya selesai juga.. RAM memang terbaikkk!!
Novel terakhir kesinambungan Laksamana Sunan.. Sunan Musafir.. 1000 limited edition.. Aku termasuk weiii.. Sukaa...
Dan inilah novel RAM yang aku beli ari tu.. Tapi belum baca lagi satu pun..hahaha.. Tunggu timing yang sesuai.. Dah baca nanti aku buat entry untuk setiap citer.. Boleh gitu? Hehehe..
Well, apa yang boleh aku simpulkan kat sini, pengalaman pertama aku ke Pesta Buku sangat berbaloi-baloi.. Tak sangka dapat jumpa favourite novelist aku.. Itulah namanya rezeki.. Terima kasih ya ALLAH.. Semuanya ini berlaku dengan Izin-Mu jua.. Alhamdulillah..