Thursday, May 17, 2012

AEON Member/J Card Day.. Serbu!!!!!


Semalam gi IOI Mall.. Maklum le AEON Member/J Card Day.. Konon2 nak tengok le kot2 ada apa2 yang menarik untuk dibeli.. Padahal tujuan utamanya cuma nak cari present untuk sepupu aku yang nak kawin next weekend.. Ala, apa salahnya kan.. Kata orang sambil menyelam minum air (confirm lepas tu ko lemas..huahuahua..). Nak dijadikan cerita, inilah first time aku terjah J Card Day ni.. Sebelum ni tak amik tau pun.. Lagipun takde apa yang di beli, so buat dek je la.. Tapi semalam disebabkan ada tujuan, gagahkan gak le..

Jusco IOI ada 2 tingkat je.. So aku masuk le dari level 1, bahagian pakaian, kasut, handbag, perfume.. Masuk2 je serius aku sangat terkejut dan terkesima.. Sebab apa? Mak aiiii, ramainya orang.. Tiba2 rasa macam takleh nak bernafas.. Sebab aku ni tak suka tempat yang crowded.. Tak terbayang pun akan ramai seperti itu.. Sangat2 berbeza dengan hari2 biasa ok.. Fuhh!! Memang betul2 crazy diorang ni.. Tunggang terbalik semua barang2 dalam tu.. Dah lari dari tempat display.. Terutama kasut le..hahaha..

Actually aku plan nak beli bed sheet.. So turun le ke ground floor sebab kat situ le ada bed sheet, curtain, electronic devices.. Turun2 je aku dengar ada suara tengah promote bed sheet.. Peh!! Harga memang murah giler la.. Ada comforter set brand Windsir dari RM 729.00 jadi RM 2++ lepas diskaun 70%. Dasyat punya diskaun.. Tapi rata2 memang diskaun antara 50% - 80%. Patut le diorang ni bukan main sakan bershopping.. Endingnya? Aku tak beli pun bed sheet sebab aku pening tak tau nak pilih yang mana..hahaha..

Plan B, gi tengok2 barang elektronik.. Mana tau ada yang berkenan untuk dibeli.. Belek punya belek punya belek, ternampak le toaster ni.. Sebenarnya ada beberapa pilihan dalam kepala ni.. Rice cooker, iron, heater, toaster.. Yang mana satu agak2nya ek? Maklum le nak bagi kat orang.. Kalo rice cooker, maybe dia dah ada sebab walaupun bujang dia masak nasi kat umah (tak tau le kalo kawan dia punya..huhuhu..). Kalo iron, maybe dia pun dah ada sebab keje dia pakai uniform yang perlu kemas setiap hari.. Heater pulak maybe dia pun dah ada.. Toaster tu tak sure.. Kalo dah ada, nak buat camne kan.. Tapi kalo dia takde, harap2 dia suka makan roti bakar.. Kalo tak nak buat apa nanti kan? Serius aku tak reti nak beli2 present ni.. Aku suka fikir dari pelbagai aspek..hehehehe.. Last2 amik je la toaster ni.. Eh, salah.. Beli bukan amik..hihihi.. Harap2 nanti dia suka.. Nak beli oven atau microwave atau steamer tak mampu den.. Blender pun ok gak kan? Mmmm..tapi dia dah ada gak kot (positive thinking..hehehe..)

Kira okla ni kan? Kalo cousin aku baca blog ni, inilah wedding present aku akan bagi nanti.. Pening la ko makan roti bakar hari2..hihihi..

Lega bila dah beli.. Takyah nak pening2 lagi fikir nak beli apa.. Lepas tu naik balik level 1.. Konon2 nak cari le kot2 ada baju2 yang cantik.. Memang banyak baju.. Diskaun pun kaw2 punya.. Cuma aku jadi keliru, tak tau nak pilih yang mana, nak beli yang mana.. Dan sebetulnya takde yang aku berkenan.. Takkan le punya banyak melambak-lambak camtu takde yang menarik hati aku kan? Yang sebenarnya aku tak larat nak membelek-belek semua baju yang ada kat situ.. Aku setakat lalu, berenti, pegang, tengok harga..hahaha.. Tapi serius malas nak try.. Disebabkan terlampau ramai orang dalam tu.. Cuba korang teka bahagian mana yang sentiasa penuh? Handbag!!! Giler kentang betul la.. Ramai pompuan yang kerumun kat handbag tu.. Mana taknya diskaun sampai 80%.. Mana tak giler diorang ni.. Bersesak-sesak kat longgokan handbag tu.. Takut aku nak join.. Aku rasa ruang untuk aku menyelit pun takde..hahaha.. Last2 aku keluar dengan membeli toaster sahaja.. Poyo tak? Punyalah banyak barang tengah sales dalam tu, boleh beli toaster je.. Aku ni sebenarnya bukan kaki shopping.. Dan datang tu pun sebab ada tujuan.. Mungkin disebabkan stick pada tujuan tu, benda lain nampak tak berapa penting untuk dibeli..hehehe..

Zoom untuk tengok harga sebelum dan selepas diskaun 80%. Camne la tak kena serbu.. Aku tukang tengok je..hehehe..

Lepas keluar tu aku pegi ke bangunan baru IOI Mall.. Konon2nya nak menjengah kedai Daiso Japan.. Ada terbaca dalam blog Sueshe.. Tapi serius tak ingat ada kedai tu.. Bila pegi semalam, laaa sebelah kedai hardware yang selalu aku singgah tu rupanya.. Nampak sangat tak pernah mengendahkan kedai Daiso tu kan.. Sebenarnya aku ingat Daiso tu pun kedai hardware gak sebab tu tak penah masuk..kahkahkah.. Sian aku kan? Sengal bebeno.. Haa!!! Gelak la korang.. Ronda2 dalam tu cuci mata.. Memang banyak la barang2 yang menarik.. Tapi disebabkan kesuntukan masa, aku explore express je.. Last2 rembat alas kaki dengan bag laundry untuk panties and lingeries.. Itu je? Dah itu yang rasa diperlukan, lain kali boleh serbu lagi..hehehe..

Tapi sebenarnya ada citer best yang lain gak.. Next entry aku citer k..











0 Kata-Kata Hikmat: