Friday, May 18, 2012

Bee For Bie Honey.. Ahaks..


Petang semalam menyinggah ke Giant.. Terapi untuk diri yang dilanda kebosanan..hahaha.. Saja je nak beli beberapa barang rumah yang dah habis.. Bersama stok makanan untuk weekend ni.. Maklum le nak ber'dating' dengan Sunan, harus masak pun malas.. Bak kata sepupu aku, entah2 makan pun tak ingat bila dah berjumpa Sunan..hehehe.. I like.. Hanya orang yang minat membaca novel je dapat memahami jiwa orang lain yang mempunyai minat yang sama.. Lebih2 lagi tentang Sunan..huahuahua..

Masa tengah meronda dalam Giant tu terfikir nak beli sesuatu.. Meja Jepun.. Bukan apa, senang nak tulis, atau nak makan depan TV.. Nak letak buku atau majalah pun proper sikit.. Takdelah letak atas karpet tu je.. Nampaklah kekemasannya.. Cewahhh!!!  Poyo jek kan..;p. Then pegi le area meja2 kat situ.. Jumpa dua jenis meja Jepun.. Satu besar satu kecik.. Tapi harga beza RM 5 je.. Yang kecik tu comel tapi takut tak berbaloi je sebab kecik sangat.. Nanti baru letak barang sikit dah penuh.. Yang besar tu pun nampak ok.. Camne ek? Apalagi, turunkan dua2 meja tu atas lantai.. Pastu berlakon la konon2nya tengah tulis atas meja tu.. Nak rasa mana lagi selesa.. Last2 yang besar tu juga yang ok.. Sebab yang kecik tu rendah sangat.. Untuk budak2 sesuai la.. Kalo yang besar tu untuk budak2 pun sesuai tapi kena ada kerusi kecik untuk dia jugak.. Meja yang diorang display tu tema Snowman.. Ada lagi 2 tema, Turtle-ABC dengan Bee-ABC.. Tapi yang ada untuk dipilih cuma Turtle dengan Bee.. Wrapped dalam kotak, selotep lagi, takleh la nak intai.. Yang Turtle tu nampaklah camne rupanya sebab meja kecik tu ada tema tu jugak.. Tapi Bee takde.. Ala, nak pilih yang mana ni.. Turtle tu warna hijau.. Tak berapa berkenan.. Snowman pulak takde walaupun warnanya cantik, biru macam blog aku ni..hehehe.. Mmm..amik je la Bee-ABC ni.. Sempena nama blog aku.. Boleh gitu? Lagipun terfikir gak, mana tau macam meja Huda ke.. Sebab meja study Huda ada gambar bee cuma tak tau dia beli katne.. Dalam hati, nasib le kalo tak lawa pun.. Bukan nak tunjuk kat orang pun kan..hihihi.. Sampai2 rumah, dengan penuh debaran membuka kotak meja itu..Dan hasilnya.. Taraaa!!!!

Sama tuuuuuuu...hihihi..

Tak sangka betul le.. Sama dengan meja Huda.. Nampak sangat kami ini sehati sejiwa..huahuahua.. Pastu terus amik gambo, upload kat fb.. Tunjuk kat Huda, mak long pun ada meja macam Huda jugak..kihkihkih.. Tak senonoh punya mak long.. Dengan anak sedara sendiri pun nak eksen..hahahaha.. Sangat seronok akhirnya dapat juga meja Jepun yang diimpikan (dah macam Huda pulak gembiranya ye..). Maklum le dah lama nak beli, baru tercapai semalam..hehehe..

Dan novel RAM telah merasmikan meja baru itu.. Dah bersusun di atas meja menunggu untuk dibaca..hehehe.. Tak sabar nak ber'dating' ni.. Excited sangat dah ni.. Silap2 malam ni dah start..hahaha.. Walau apapun endingnya aku akan citerkan next week ye.. Harap2 weekend korang akan sangat menceriakan juga..  Take care always ye.. ^__^








0 Kata-Kata Hikmat: