Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih Cikgu..


Cute kan? Mr. Google arini..hehehe..


Wah, rupanya hari ni Hari Guru ye.. Bertuah cikgu2, diraikan bukan sahaja oleh anak murid, tetapi oleh para ibu bapa juga.. Tetapi memang patut pun guru2 ni diraikan.. Jasa mereka mendidik, ilmu yang mereka berikan, tak akan mampu dibalas oleh kita semua.. Ilmu itulah yang menyumbang kepada keadaan kita pada hari ini sehingga ada yang bergelar guru, jurutera, doktor, profesor, ahli perniagaan, eksekutif, kerani dan macam2 lagi.. Walaupun keje biasa2 tapi tanpa ilmu tak mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ni, betul tak?

Guru ni umpama lilin, membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain.. Masa aku sekolah dulu, cikgu aku siap buat kelas tambahan sebab nak bagi kitaorang betul2 faham.. Bukan kelas tambahan yang berbayar ye.. Kalo kat bandar ni memang banyak kelas tuisyen.. Tapi kena bayar ok.. Kat kampung2 cikgu cari inisiatif sendiri camne nak bagi anak murid dia faham dengan apa yang dia ajar.. Takde bayaran tambahan sebab sekolah tak suruh pun buat kelas tambahan tu.. Itu pun tak ramai yang datang.. Lagi2 kalo hari Sabtu Ahad.. Time berehat la katakan, lagi la malas budak2 nak datang.. Aku baik, Insya ALLAH ada je muka..hehehe.. Faham tak faham tu belakang cerita.. Janji cikgu nampak muka.. Sabo je le.. Tapi masa tu memang fikiran budak2.. Kadang2 bila tak ramai yang datang cikgu komplen gak sebab dia buat free class pun tak nak datang.. Kitaorang ni dengar je la keluhan diorang.. Tapi bila dah besar camni, dah ada tanggungjawab sendiri baru faham betapa besarnya pengorbanan seorang guru.. Korbankan waktu rehat untuk memastikan anak murid berjaya.. Memang jasa cikgu tak mampu kami balas semula.. Semoga ALLAH Melimpahkan rahmat-Nya kepada guru2 yang telah mendidik kami semua..

Kalo nak senaraikan, ramai guru2 yang telah mengajar, mendidik aku.. Nak disebutkan takut ada yang tertinggal nanti.. Bukan seorang dua, ramai.. Terutamanya di sekolah menengah.. Setiap subjek berbeza guru.. Belum campur cikgu yang bertukar lagi.. Memang ramai.. Dan mungkin juga aku dah lupa nama sesetengah daripada mereka.. Walau apapun, aku sangat berterima kasih pada semua guru yang telah mendidik aku sehingga aku berada di tahap begini sekarang ni.. Memang aku akui aku tak mampu untuk membalas jasa itu.. Aku serahkan kepada ALLAH.. Semoga ALLAH akan membalas setiap titis ilmu yang telah dicurahkan kepada aku dan rakan2ku..

Kepada semua guru di Malaysia terutamanya yang pernah mengajar aku, Selamat Hari Guru.. Semoga dirahmati ALLAH selamanya.. Aminn..





P/S : Siapakah guru pertama dalam hidup kita? Pastinya ibu bapa kita.. Jangan lupa ucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka juga..^__^







0 Kata-Kata Hikmat: