Tuesday, May 8, 2012

Terima Kasih PM & FELDA..


Oh ye, tadi aku blogwalking ke blog seorang blogger dan dia bercerita tentang durian runtuh yang bakal diterima oleh warga FELDA sempena penyenaraian FELDA di bursa Malaysia bulan depan.. Tup2 aku terus teringat masa balik kampung aritu abah aku ada cakap yang PM kita akan buat pengumuman tentang bonus ni di FELDA Jengka 8, hari ni.. Daripada informasi yang aku dapat dari blogger tu, jumlah dalam RM 15 ribu setiap keluarga.. Betul ke? Bukan tu je, generasi kedua (aku le tu) pun akan dapat tempiasnya gak.. Isshh..biar betul? Kalo betul, Alhamdulillah.. Sangat2 bersyukur ke hadrat Illahi di atas rezeki yang tidak terduga ini.. Adakah kerana ini kelopak mata kanan aku tak berhenti berkedip tetiba setiap masa? Korang jangan tak tau, sesetengah orang memang biasa mengalami petanda ni.. Kalo aku misalnya, gatal tangan kanan, nak dapat duit.. Selalunya time nak gaji le.. Kalo tangan kiri duit nak keluar.. Kelopak mata tangan, nak dapat berita baik.. Kalo kiri sebaliknya (mintak sangat dijauhkan, tapi kadang2 ada gak)..

Tapi aku tau ada suara2 sumbang yang mengatakan duit ni tak bersih la, dari sumber2 yang tak berkat la.. Aku dah lali sangat dengan semua kata2 ni.. Ada je propaganda nak menjatuhkan kerajaan sekarang ni.. Cuma aku nak tegaskan kat sini, bonus yang bakal diterima para peneroka ni adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan kerajaan atas ketabahan warga FELDA menempuh pelbagai dugaan dan ranjau terutama kekurangan kemudahan asas di tanah rancangan itu suatu masa dulu. Aku sangat2 berterima kasih kepada kerajaan kerana masih mengingati kepayahan dan kesusahan warga FELDA suatu ketika dulu. Korang yang tak mengalami apa tau? Condemn je pandai.. Cuba korang dicampak ke ladang kelapa sawit suh kait buah kelapa sawit. Silap2 tercirit dalam seluar..hahaha..

Aku yang alami semua tu.. Jadi korang takyahlah nak reka citer pape.. Seawal usia 3 tahun aku dah ikut abah aku berpindah ke FELDA.. Mak aku tak ikut sebab baru je 2 hari melahirkan adik aku yang ke-2. Aku ingat lagi aku naik lori dengan abah aku, arwah atok aku (bapak abah aku) dan pak long aku (abang mak aku). Entah aku tak tau camne memori tu masih lekat dalam minda aku.. Mungkin untuk mengingatkan aku kepayahan di awal kehidupan seorang yang bergelar peneroka.. Masa tu tak ramai lagi orang pindah.. Elektrik tak ada.. Guna pelita.. Rumah cuma ada satu bilik tido.. Bila dah sampai tu, abah aku tinggal dengan arwah atok aku, manakala aku ikut pak long aku balik.. Budak 3 tahun, mesti teringat kat mak dia.. Masa tu family lain complete cuma abah aku je tak bawa isteri.. Abah aku cakap masa tu dia rasa macam nak lari je dari situ, balik kampung semula.. Dahlah malam2 sunyi, bertemankan bunyi cengkerik, anak isteri pun takde.. Memang sangat mencabar jiwa seorang bapa.. Nasib baik semangat abah aku kuat.. Kalo tak, takdelah kami semua dapat merasa semua ni..

Masa aku berusia 6 tahun, aku memulakan sesi persekolahan tadika.. Aku ingat lagi, sekolah aku adalah rumah peneroka yang takde penghuni.. Bukan macam sekolah yang cantik2 dibina sekarang ni.. Nasib baik sekolah rendah dah dibina.. Senang kami nak bersekolah.. Tapi sekolah menengah takde lagi.. Abang2 dan kakak2 kami terpaksa bersekolah di FELDA sebelah.. Pegi sekolah naik apa? Takdenya bas atau van sekolah.. Naik traktor atau land rover.. Kata diorang kalo hujan, baju sekolah yang putih tu bertukar warna merah.. Sebab apa? Sebab jalan masa tu tak bertar lagi, masih lagi jalan merah.. Kalo kenang2 semula memang sedih masa tu.. Tapi disebabkan masing2 mengalami kesusahan tu, jadi tak terasa sangat..

Elektrik pulak masuk ke tempat kami ketika aku berusia 12 tahun, darjah 6.. Sebelum tu kami hanya bergantung pada pelita atau lilin atau lampu gas (aku tak tau namanya, tapi kena pam setiap kali nak bagi terang). Ada sesetengah peneroka yang mengambil inisiatif membeli generator sendiri dan dikongsi bersama-sama.. TV pun hitam putih bergantung pada kuasa daripada bateri basah.. Ala, macam bateri kete tu.. 3 hari guna dah surut kuasa, kena anta kedai caj semula.. Mmm..semuanya tu pengalaman yang sangat berharga untuk dikenang dan diceritakan kepada generasi akan datang agar mereka lebih menghargai apa yang mereka miliki sekarang..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Semua kesedihan dan kepayahan tu telah berlalu.. Kini hampir kesemua peneroka dapat hidup senang.. Kalo ada yang susah lagi tu, salah sendiri.. FELDA dah tolong ko, siap bagi kebun 10 ekar lagi.. Yang ko belot sape suruh.. Last2 tertonggeng sendiri.. Taraf kehidupan abah dan mak aku pun dah lebih baik.. Walaupun tak kaya, tapi kami bahagia dan gembira dengan rezeki yang dikurniakan.. Terima kasih ya ALLAH..

Setiap bulan dapat gaji daripada FELDA.. Untuk makan berdua memang lepas sangat.. Time raya pun FELDA bagi duit raya.. Warga FELDA memang sangat beruntung.. Dan sekarang FELDA berada di bawah naungan anak pengasas FELDA, PM kita sekarang ni.. Memang for sure beliau tidak akan membiarkan gagasan yang diasaskan oleh ayahandanya tersungkur.. Terima kasih Dato' Najib..

Dan for sure akan ada suara2 yang mencanangkan semua ni nak pancing undi.. Kan pilihanraya dah dekat.. Biar aku jelaskan kat sini.. Kebanyakan peneroka FELDA ni memang tak berpendidikan tinggi.. Tapi diorang ni bukan bodoh ok.. Dan diorang bukan seperti kacang yang lupakan kulit.. Sesiapa yang berjasa pada diorang pasti diorang takkan lupakan.. Abah aku pun selalu ingatkan, jangan lupa pada orang yang dah berjasa pada kita.. Orang kat luar tu tau bercakap je.. Diorang tak alami, setakat berlagak bolehlah.. Kami warga FELDA juga tidak pernah meminta-minta tapi kami sangat bersyukur kerana FELDA sentiasa mengutamakan kebajikan kami dan tidak melupakan kami di saat senang..

Sesungguhnya aku sangat berbangga bergelar anak FELDA..









2 Kata-Kata Hikmat:

sueshe said...

alhamdulillah...rezeki orang felda kan?? felda mmg kesayangan PM sbb ayah PM yang mengasaskan pertubuhan felda neh :)..nak tunggu kot2 ade rezeki tuk orang kampung lak yg berkerja sendiri :)

Bie_Honey said...

Sueshe : Alhamdulillah.. Tapi kedengaran juga cerita negatif di sebalik pemberian ini.. Mampu menggoncangkan jiwa seorang anak.. Bimbangkan ibu bapanya.. Mudah2an semuanya akan baik2 sahaja.. Insya ALLAH..