Assalam dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, masih dapat lagi bertemu dengan korang semua.. Macam yang dah diwar2kan, last weekend cousin aku kawin.. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan cousin aku pun dah selamat bergelar seorang isteri.. Semoga ALLAH Merahmati kalian berdua selamanya.. Aminn..
Keluarga kami pun turut hadir memeriahkan majlis.. Sebagai tetamu..hehehe.. Bukannya tak nak tolong, tapi semua keje dah ada yang buat.. Sampai tak tau nak buat apa.. So jadi le tetamu, tolong memeriahkan majlis.. Tolong gak kan..hehehe.. Yang paling syok sekali, aku boleh melayan makcik aku pegi shopping kat pekan masa Sabtu malam tu.. Padahal malam tu ada majlis khatam pengantin.. Dan dia pun dah siap2 nak pegi umah pengantin tetiba boleh dia ajak aku pegi pekan sebab dia nak cari barang.. Aku memang takde plan nak gi umah pengantin.. Malas..hehe.. Ala, umah sebelah je.. Dalam 10 langkah dah sampai.. So kesudahannya daripada nak gi umah pengantin, pegi menyoping (sila jangan ikut perkataan ini ye..;p) kat pekan.. Dalam 15 minit dari umah atok aku.. Tu yang tak sudah2 nak keluar ke pekan kalo balik kampung.. Dekat dan ada kenderaan.. Memang merayap je la kejenya.. Makcik aku tu tak reti drive kete, so kalo aku balik kampung memang dia suka sesangat.. Aku leh jadi driver dia gi pekan.. Aku ni tak kisah.. Itu le makcik kesayangan aku selain mak andak aku (adik pompuan mak aku 2 orang je..), kawan aku masa aku kecik2 dulu.. Malam tu kuar dah lewat, dalam kul 9 malam.. Nasib baik bila sampai kedai belum tutup lagi tapi dah hampir2 ditutup.. Alhamdulillah, ada rezeki.. Dapat jugak beli apa yang dia nak tu.. Tapi itu je la kedai yang dapat pegi sebab yang lain dah tutup walaupun ada kedai lain yang nak diterjah.. Bila balik, majlis khatam baru je selesai.. Sabo je le..
Esoknya majlis besar.. Makan2 mula dalam kul 11 pagi.. Tau tak, dalam kul 9.30 pagi kitaorang sambung semula misi yang terbengkalai malam tadi.. Keluar lagi ke pekan.. Pegi ke kedai yang tak dapat singgah malam tadi.. Dok sibuk merayap-rayap.. Shopping itu ini.. Dalam kul 12 tengahari gak la sampai umah..hehehe.. Sampai2 jemputan dah ramai pun.. Kitaorang pun makan sekali, kira jemputan gak la ni..hehehe.. Dalam kul 2 petang pengantin pun bersanding.. Tengok dari beranda umah atok je.. Nampak la pengantin pakai baju merah.. Bukan taknak pegi rumah pengantin, tapi sesak yang amat.. Dan cuaca sangat la panas.. Si Adriana siap bukak baju lagi sebab panas.. Kuar jap ke beranda umah, peluh mencurah-curah macam mandi.. Sian si kecik tu.. Ngamuk2 sebab ngantuk pun iye.. Last2 mak long bawak masuk dalam umah dok bawah kipas.. Baringkan atas riba, terus tertido.. Ala, yang penting semuanya dah selamat.. Alhamdulillah..
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Aminn..
Inilah antara gambar2 yang telah di ambil oleh cik Ilul Huda & Adriana.. Mak long tak minat nak bersesak-sesak amik gambar ni.. ;)
Eh, tetiba ada gambar Adriana tengah tergolek..hehehe.. Suasana di dalam rumah sebelah..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment