Setelah berakhirnya minggu lepas, ALLAH hanya Mengizinkan aku menghabiskan 5 buah novel sahaja.. Bermakna rahsia di dalam novel terakhir masih belum disingkap dan kesudahan Sunan masih belum diketahui.. Insya ALLAH, dalam sehari dua ni pasti akan terjawab segala persoalan.. Setakat 5 novel, apa yang dapat aku simpulkan?
Well, sebenarnya aku pun tak tau apa yang aku nak simpulkan.. Apa yang aku tau setelah membaca novel2 tu, aku terasa aku ingin berubah ke arah yang lebih baik dalam hidup ni.. Dakwah terselindung yang RAM selitkan dalam kisah pengembaraan itu memang telah benar2 mencuit hati dan jiwa aku.. Alhamdulillah.. Semoga aku dapat menjadi hamba yang terbaik kepada Yang Khalik.. Insya ALLAH.. Dan percaya atau tidak, aku sangat merindui Sunan ketika berada di kampung.. Aku cuba membayangkan Sunan melalui personaliti yang dihuraikan oleh RAM.. Kadang2 terasa membuat kerja bodoh pun ada.. Tapi aku percaya dan yakin ada sesuatu yang ALLAH telah rancangkan di saat aku kehilangan semangat untuk membaca satu ketika dulu.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya..
Pasti ada dikalangan korang yang agak terperanjat dengan bahasa tulisan aku sekarang ni.. Agak formal, bukan? Jangan terkejut apatah lagi terperanjat.. Aku sendiri tidak tahu bahawa novel Sunan itu membawa kesan yang kuat ke atas diri aku.. Malahan di ketika ini aku rasa aku tak dapat berfikir dengan sewarasnya kerana apa yang aku luahkan ini terhasil dari minda aku sendiri.. Minda yang sebelum ini agak gila-gila.. Mungkin korang lebih suka membaca bahasa aku sebelum ini berbanding sekarang.. Pilihan adalah subjektif, terpulang pada diri masing2.. Di dalam hidup kita diberi pilihan, bukan? Terpulang kepada diri kita sendiri untuk menentukannya.. Baik atau buruk pasti akan meninggalkan kesan..
Antara kesan yang aku alami, aku kini sangat tertarik dengan misteri kehidupan ini.. Sekarang ni aku cuba memahami rahsia alam ciptaan ALLAH.. Malahan rahsia kejadian manusia itu sendiri.. Sebenarnya dari dulu aku memang sangat suka dengan perkara begini.. Tapi dulu takde bahan bantuan selain buku semata-mata.. Tapi kini dengan adanya teknologi internet, Insya ALLAH aku akan cuba mendapatkan sebanyak mana ilmu dan memahami ilmu tersebut.. Ilmu yang bukan semua orang boleh menerima dan memahaminya.. Silap pemahaman boleh memesongkan akidah.. Nauzubillah.. Hehehehe, janganlah takut pulak dengan aku sekarang ni.. Rasa pelik ke? Macam buang tebiat ek? Takde pape la.. Aku masih macam dulu juga.. Cuma seiring usia yang semakin meningkat, waktu kematian yang semakin hampir, hari penghabisan yang bakal menjelma lebih cepat dari yang dijangkakan, eloklah seandainya kita dapat mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya.. Bukan cuba menunjuk baik, sekadar mengingatkan saudara seagama dan juga diri sendiri..
Hidup kerana ALLAH, Mati kerana ALLAH.. Di mana jua kita berada, apapun yang kita lakukan, ALLAH sentiasa Memerhatikan kita.. Semoga hidup kita sentiasa di bawah Rahmat-Nya.. Aminnn..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment