Thursday, May 17, 2012

Sunan.. Akhirnya Kita Akan Bertemu Kembali..


Bunyi macam nak gaduh je kan tajuk entry ni..kihkihkih.. Eh, bukan ke kat previous entry aku bagitau nak citer pasal sesuatu yang best? Dan mungkin juga korang sedang tertanya-tanya apakah citer best yang akan aku nukilkan itu (lain macam pulak aku baca ayat ni.. macam skema pun ada gak.. sendiri tulis sendiri komen..;p). Tup2 nama Sunan pulak yang keluar ye? Okla, tak payah nak berteka-teki.. Memang ada kaitan dengan Sunan pun.. Camni citernya.. Semalam masa gi IOI Mall, aku sempat singgah Popular.. Ala, kedai buku kat sebelah cinema tu.. Kan itu laluan ke bangunan sebelah.. Memang mula2 tujuan aku nak pegi ke kedai Daiso Japan tu.. Then tetiba aku teringat sesuatu.. Novel RAM aku tentang Laksamana Sunan belum complete lagi.. Hari tu masa pegi Pesta Buku, ada 3 buah novel tak dapat beli.. Nak beli camne, bayang pun takde.. Maybe dah abis kot.. Novel2 itu adalah Ungu Karmila, Personal Justice dan Cinta Sufi.. So semalam alang2 dah singgah Popular, cari le novel2 tu.. Tapi sebenarnya fokus pada Cinta Sufi je sebab nak 'complete'kan kompilasi Laksamana Sunan.. Ada dua bahagian novel Melayu dalam tu.. Mula2 cari kat bahagian depan.. Alamak, takde la.. Isshhh, jangan le takde.. Tak sabo nak baca ni.. Jenguk sana sini, sah memang takde.. Novel RAM yang lain ada.. Aduhai, dah 50% kesedihan melanda.. Takpe, cuba tengok kat bahagian satu lagi kat belakang.. Laju oo aku jalan macam robot..hahaha.. Sampai je kat rak novel Melayu tu belek setiap satu.. Kat bawah sekali novel RAM diletakkan.. Tapi takde pun Cinta Sufi.. Then tetiba terjumpa sesuatu di kanan sekali, agak terlindung.. Yahoooooo!!!! Akhirnya.. Sangat excited dan seronok ok.. Alhamdulillah, dapat jugak akhirnya.. Yang lagi dua tu nanti2 le.. Aku nak fokus pada Laksamana Sunan dulu..hehehe..

Akhirnya, menjadi milikku jua..

Pastu yang lagi best, masa nak bayar kat kaunter tu, siap ada sesi temubual personal dengan cashier (C) tu.. Lagi membuatkan aku excited..

C : Dah ada dah novel yang lain? Citer dalam novel ni sambung2. Kena baca dari first novel.
A : Yang lain dah ada. Aah, memang pun.
C : Ada lagi yang latest nak keluar. Apa tajuknya tu.. mmmm..
A : Sunan Musafir (dengan pantas memotong..hehehe..)
C : Ha!! Sunan Musafir.
A : Dah ada dah. Hard cover lagi.. (penuh bangga menjawab..isshh..tak baiknya.. tapi nak wat camno, tengah excited..hihihi..)
C : Ye ke? Beli kat mana?
A : Kat Pesta Buku aritu.
C : Oh yela, saya pun customer yang bagitau masa dia pegi Pesta Buku tu. Dulu saya memang tak minat Ramlee Awang Murshid ni. Tapi lepas baca citer Laksamana Sunan tu, terus minat. Semua novel dia saya beli.
A : Hehehe.. Mesti jatuh cinta dengan Sunan kan? Memang pun semua yang baca mengaku jatuh cinta dengan Sunan. Lagi satu novel dia lain daripada novel lain terutamanya novel cinta.
C : Aah. Kalo novel cinta ni kita boleh agak camne endingnya tapi dia pulak lain daripada apa yang kita bayangkan.
A : Tulah pasal. Tapi memang best la novel dia kan? Lebih2 lagi citer Sunan ni. Memang phenomenon la.. hehe.. Okla, terima kasih ye..

Inilah sesi temubual aku dengan cashier tu.. Bertukar-tukar pandangan tentang novel RAM.. Nasib baik takde orang beratur belakang aku.. Kalo tak, harus dia mengamuk..hahaha.. Tapi seronok tau bila dapat bercerita tentang sesuatu yang kita suka dengan ornag yang mempunyai minat yang sama.. Ini baru berdua.. Kalo group, tak tau le camne gayanya.. Semua sibuk nak luahkan rasa cinta pada Sunan agaknya.. Pastu masing2 jeles.. Macam le Sunan tu wujud..kihkihkih.. Kalo Sunan tu wujud, salah satu impian aku, aku nak jumpa dia.. Serius, aku tak main2.. Mana tau berjumpa di alam mimpi.. Aduh, sudah jauh meleret ni..

Inilah novel kompilasi Laksamana Sunan.. Semoga aku akan diberikan keasyikan untuk menghayati kisahmu wahai Sunan..

So secara rasminya kompilasi Laksamana Sunan aku sudah pun complete.. Plan nak baca weekend ni.. Tetiba pulak rasa berkobar-kobar semangat nak baca bila tengok semuanya dah ada malam tadi.. Then tadi aku terfikir sesuatu.. Adakah mood membaca aku hilang kerana menunggu novel ini lengkap sepenuhnya? Supaya aku dapat menghayati dengan lebih mendalam.. Well, aku pun tak sure.. Tapi bila tengok semuanya dah ada, semangat membaca tu tiba2 menerjah.. Ikutkan hati, malam tadi dah nak baca.. Tapi kalo aku dah start, non-stop.. Itu yang bahayanya.. Keje arini, jangan lupa ye.. So, simpan dulu keinginan yang membara itu ok..

Alhamdulillah, bulan ni memang macam2 yang seronok berlaku dalam hidup aku.. Semoga semuanya sentiasa baik, ya ALLAH.. Dengan ini, aku abiskan entry ni dengan koleksi novel RAM yang telah menjadi milik aku..hehehe.. Aku fanatik dengan RAM? Tidak.. Aku fanatik dengan novel tulisan RAM..^__^













0 Kata-Kata Hikmat: