Tuesday, May 15, 2012

Novelis Cinta Untuk Emelda???


Arini ni aku malas nak keluar lunch.. Kebetulan tadi opismate aku ada beli kuih, makan je la.. Entah, tak terasa nak makan lagi.. Petang nanti le jawabnya.. Kebetulan pulak arini aku tinggal sorang kat opis.. Shahrida tak datang arini.. Maybe MC agaknya.. Si Hasruddin tadi pagi datang tapi tak berapa sihat.. Sudahnya ke klinik, dapat MC arini.. Kitaorang bertiga je keje kat company ni.. Campur boss 2 orang, jadilah 5 orang.. Tapi yang harus sentiasa ada di office, of course le kami para staff.. So bila dua takde, tinggal le aku sorang2.. Malas nak keluar lunch, update blog, blogwalking.. Seronok kan baca blog orang ni.. Aku suka.. Dan daripada situ le kita boleh tau blog tu best atau tak..

Tadi aku terjumpa blog sorang novelis.. Penulis novel Kasih Antara Kita yang diangkat ke drama siri dengan tajuk Cinta Buat Emelda.. Ha!!! Sape2 yang suka layan drama tu mesti tau kan? Malangnya aku tak minat.. So aku tak ikuti drama tu.. Dan walaupun aku ni suka membaca novel, aku tak pernah baca novel nukilan penulis ni.. Oh ye, nama pena penulis ni Aleya Aneesa.. Bila dah nama pena tu mesti le ada nama sebenar, betul tak? Nama penuhnya Marwati Wahab.. Berasal dari Johor (eh, satu negeri dengan aku la..hehehe..). Nampaknya entry aku ni macam nak promote dia pulak ye.. Bukan nak promote cuma nak share pandangan aku tentang cerita dalam blog dia..

To be honest, aku sangat suka dengan citer2 yang ditulis dalam blog dia tu.. Lebih2 lagi yang berkisarkan famili.. Cerita yang berkisar tentang setiap ahli keluarga.. Kegembiraan dan kesedihan yang dikongsi bersama.. Serius, beberapa kali aku air mata aku keluar masa baca beberapa citer dalam blog tu.. Seolah-olah aku dapat merasai sendiri apa yang dia rasakan.. Seolah-olah aku turut berada di sisi dia sewaktu semuanya itu berlaku.. Dan satu persamaan antara kami, dia suka bercerita mengenai keluarganya.. Sama seperti aku yang suka melambakkan kisah famili aku dalam blog ni.. Cuma cara kami menyusun naratif cerita dan ayat agak berbeza.. Mungkin cara penulisan aku lebih santai.. Pastinya berbeza dengan tulisan seorang novelis.. Betul tak?

Tetiba je aku rasa ayat2 aku agak formal dan sedikit serius.. Penangan dari seorang penulis mungkin..hehehe.. Okla, okla.. Bagi yang berminat nak baca blog novelis ni, bolehlah singgah di Aleya Aneesa Berkisah. Aku dah jadi follower sebab seronok sangat rasa blog dia dan tak nak miss update dari dia..hehehe.. Fanatik ke? Takdela.. Suka2 je.. ^__^














3 Kata-Kata Hikmat:

hafiz wifeyy said...

ala-ala, kesian kat kat kak bib dok sorang2 kat opis..sory la kak smalam x masuk opis, gastrik dalang melawat(smalam pun amik mc tgh hari sbb muntah2 dari pagi bdn da x larat) tapi hari ni kita kena kuar mkn ye :P kena isik perut gak huhuuhu ...diriku x ingin di landa gastrik lagi

Bie_Honey said...

Takyah le diet2 Pn Shahrida ooiii.. Dah comel dah tu..

hafiz wifeyy said...

hekhekehek, rasa diri ini mcm da chubby sesangat uhuhuh;p