Semalam aku teruskan membaca novel keempat, Cinta Sufi.. Bila dah start, memang susah nak berenti.. Alangkah baiknya kalo beginilah tarikan untuk membaca kalam suci ALLAH.. Start dalam kul 10 pm dan stop dalam kul 2.30 am.. Rasa nak abiskan tapi mengenangkan arini harus bekerja, tutup la jap.. Balik nanti sambung semula..
Seperti novel2 yang lain, karya RAM memang tidak akan lupa menyelitkan unsur2 agama.. Aku boleh simpulkan RAM ni sebenarnya berdakwah melalui karyanya.. Ada unsur2 percintaan, tetapi tidak mengasyikkan seperti novel2 cinta yang banyak di pasaran
(maaf, bagi peminat novel2 cinta..). Kisah cinta ada tetapi sangat minimum dan masih di dalam batasannya..
Sebenarnya aku bukannya nak kupas pasal karya RAM, cuma aku tertarik dengan satu karakter yang diwujudkan dalam pengembaraan Laksamana Sunan ni.. Bangsa Polip.. Digambarkan seperti manusia tetapi bersayap.. Telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lalu.. Mendiami bumi ini sebelum manusia pertama di hantar ke bumi sebagai khalifah.. Anda pasti tahu siapa manusia pertama wujud di bumi ini..
Entah kenapa bila sampai bab bangsa Polip tu tiba2 terasa sebak sangat.. Menangis tersedu-sedu.. Kenapa? Walhal saat Sunan di aniaya, menghadapi kesusahan tak terasa seperti itu.. Mungkin aku terasa sebak sebab makhluk yang telah hidup beribu tahun tetap kukuh imannya kepada ALLAH.. Tidak pernah berpaling dari-Nya.. Sebenarnya lebih kepada mengenangkan diri sendiri.. Selama mengecapi nikmat hidup selama 33 tahun di muka bumi ni, selalu alpa dan leka dengan apa yang ALLAH kurniakan.. Selalu lupa bersyukur kepada-Nya.. Walhal semua yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. Hatta untuk menggerakkan jari juga tidak akan mungkin jika tiada izin dari-Nya.. Benar, aku bukanlah hamba yang baik.. Selalu lalai.. Selalu melupakannya.. Seolah-olah hidup di dunia ini kekal tanpa akan datang hari pembalasan.. Hanya kerana satu karakter yang wujud dalam novel, yang sudah semestinya adalah rekaan, hati aku dah bergetar.. Kelakar kan?
Tadi aku tergerak nak cari fakta betul ke bangsa polips ni wujud.. Hasilnya aku menemui satu website yang sangat membantu.. Mengungkai misteri yang tidak pernah kita fikirkan atau memang kita tak tahu akan kewujudannya.. Aku memang suka benda2 misteri yang tidak terjangkau oleh akal manusia biasa.. Tapi dengan adanya bantuan dari Al-Quran dan hadith, Insya ALLAH, kita tidak akan terpesong.. Dalam website ni banyak misteri yang dikongsi bersama.. Bukan setakat rahsia makhluk lain malah asal kejadian alam semesta dan kewujudan manusia pun ada diceritakan.. Cuma sebelum menerima bulat2 sesuatu fakta, berfikirlah dahulu.. Gunakan akal yang telah diberikan ALLAH sebagai keistimewaan seorang manusia..
Sebelum ni aku memang percaya bahawa Nabi Adam a.s adalah makhluk pertama wujud di muka bumi ni.. Tapi rupanya2 salah.. Banyak makhluk yang ALLAH telah ciptakan untuk mendiami bumi ini sebelum Nabi Adam a.s di hantar ke bumi.. Aku tak reti nak mengupasnya, takut tersalah cerita.. Lain pula pemahaman korang nanti.. Boleh memesongkan akidah.. Kalo korang nak kupasan lebih lanjut, sila la berkunjung ke website
ni. Tapi sebelum tu, aku tak suruh korang percaya bulat2 dan tak juga suruh korang menolak mentah2.. Sebelum berkata apa2, fikir dahulu ye.. Sebab banyak benda yang tak dapat di jangkau oleh akal kita yang terbatas ni.. Tapi semakin banyak rahsia alam semesta yang korang tau, semakin kerdil diri akan terasa..
Maaflah entry aku arini macam ala2 ustazah kan.. Ntah jiwa lain macam pulak sekarang ni.. Tak tau nak describe camne.. Mengharapkan bimbingan ALLAH supaya tidak terpesong dari landasannya.. ALLAHUAKBAR..
1 Kata-Kata Hikmat:
salam..
aku pun minat kaji-kaji bnda pelik such as polip ni. and aku try bukak link tu but not found.
Post a Comment