Wednesday, May 9, 2012

Kak Long Sayang Abah & Mak..


Aku nak tanya korang ni.. Masa korang sekolah dulu, dah dekat2 time nak exam, normally nak SPM la, ada tak sekolah korang buat kem motivasi dan muhasabah diri.. Bersama-sama ibu bapa.. Kat sekolah aku memang ada.. Tapi tak sure pulak sekarang ni masih ada atau tak..

Aku masih ingat lagi, masa tu akan dipanggil penceramah untuk motivate diri student.. Supaya buat yang terbaik untuk exam.. Then ada pulak penceramah lain yang selitkan jasa ibu bapa mesti dihargai.. Salah satu caranya dengan memberi keputusan yang bagus dalam exam.. Yang tak tahannya siap pasang lagu.. Semuanya berkaitan ibu bapa.. Dan yang pasti semuanya akan menangis.. Serius tak tahan giler.. Sedih teramat sangat.. Airmata tu memang tak boleh control.. Rasa macam dah berenti, tup2 keluar lagi.. Memang masa tu semua all out la.. Yang kita ni menangis sebab terkenangkan layanan kita pada mak dan abah kita.. Kalo yang rasa selalu layan baik2 pun menangis inikan pulak jenis yang nakal dan degil.. Ibu bapa pulak mungkin terkenangkan mak ayah mereka.. Samada yang masih hidup atau yang telah tiada.. Pendek kata majlis macam ni memang memberi kesan kepada semua yang hadir.. Aku ni pulak memang jenis sangat sensitif.. Baru je dengar intro lagu memang air mata dah bergenang.. Takyah tunggu lagu habis, memang lencun tudung aku..

Kat sini aku nak kongsi satu video.. Sama seperti yang pernah aku alami dulu.. Mungkin akan membuatkan korang menangis, mungkin tidak.. Kalo aku, jangan ditanya.. Dengan penjelasan di atas tadi, korang dah tau jawapannya.. Apa yang aku nak tekankan kat sini, hargailah kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada.. Bahagiakan dan gembirakan mereka semampu yang korang boleh.. Kerana di dalam hidup kita cuma ada seorang ibu dan seorang bapa sahaja.. Walaupun mempunyai ibu mertua dan bapa mertua, tetap tidak akan sama dengan ibu bapa kandung kita sendiri.. Bagi yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya, sentiasalah berdoa kepada ALLAH untuk kesejahteraan mereka di alam sana..


credit to : rexmania


Doakanlah kedua ibu bapa kita setiap hari..







P/S : Sori, aku tak tau kenapa aku agak emo arini.. Ada sesuatu mengganggu ketenangan jiwa aku sebagai seorang anak.. Walau apapun, semoga ALLAH sentiasa Merahmati kedua ibu bapaku dan Melindungi mereka dari kejahatan duniawi dan ukhrawi.. Aminn..







2 Kata-Kata Hikmat:

sueshe said...

bc ayat akak pon sy da rs sedih..teringat kat arwah mak ;(..
bila da ade anak baru rs betapa susahnye jadi sorang ibu..

Ismi Habibah Othman said...

Semoga ALLAH merahmati roh ibu sueshe.. Memang kalo dilambakkan segunung emas intan berlian pun takkan mampu menandingi jasa ibu bapa kita dik.. Sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita.. Itulah yang sebaik-baiknya.. Insya ALLAH..